Monday, November 30, 2015

FORUM 4

Assalamualaikum. Hari ini saya akan membahaskan forum saya yang keempat iaitu mengenai,
KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH DAN SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA. ADAKAH MEREKA MENGHADAPI STRESS YANG TINGGI?
      Pada pendapat saya Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.” Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan sistem telekomunikasi pada hari ini. (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success).


                                                         
                                       

Pada pendapat saya kanak-kanak prasekolah dan kanak-kanak rendah sama sahaja sesi pembelajarannya. Tapi situasi ini bergantung juga cara pengajaran guru. Bila seorang guru itu stress maka akan memberi kesan kepada kanak-kanak. Oleh itu, setiap guru apabila ingin memulakan sesi pengajaran haruslah mempunyai emosi yang stabil agar kanak-kanak tidak stress. Kesihatan memtal kanak-kanak prasekolah dan kanak-kanak sekolah rendah amat penting. Oleh itu , setiap guru haruslah memainkan peranan penting dalam kesihatan mental kanak-kanak. Itu sahaja untuk forum saya yang keempat . Terima kasih.

Saturday, November 28, 2015


FORUM 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat saya. Hari ini saya akan membahaskan pula forum saya yang ketiga. Forum saya yang ketiga mengenai kecerdasan emosi dan sosial lebih penting dari intelek dalam dunia pekerjaan.
         Apakah faktor utama yang menentukan kejayaan seseorang di tempat kerja? Kajian psikologi menunjukkan kecerdasan emosi dan sosial lebih penting dan menjadi peramal yang lebih baik terhadap kejayaan kerjaya seseorang berbanding intelek.
      Penemuan ini tidak bermakna intelek tidak penting tetapi ia menunjukkan selain kecerdasan intelek, kecerdasan emosi lebih merupakan pelengkap kepada keberkesanan indvidu di tempat kerja. Kecerdasan emosi dan sosial merupakan satu konsep yang kian berkembang bukan setakat dalam bidang psikologi dan pendidikan tetapi juga dalam pengurusan organisasi. Penemuan terkini menunjukkan emosi dan sosial mempunyai kaitan dengan kejayaan dan pencapaian seseorang dalam kerjayanya. Konsep ini menjadi popular setelah Goleman (1995) mengutarakan konsep tersebut dalam sebuah buku yang begitu laris jualannya di New York iaitu Emotional Intelligence. Menurut Goleman, terdapat suatu jenis kecerdasan lain yang penting
selain daripada darjah kecerdasan intelek atau intelektual quotients ialah kecerdasan emosi dan sosial.

            Kecerdasan intelek juga penting dalam dunia pekerjaan. Bukan sahaja emosi dan sosial. Intlektual untuk menjelaskan sifat pikiran yang mencakup sejumlah kemampuan, seperti kemampuan memecahkan masalah, berpikir abstrak, memahami gagasan, menggunakan bahasa, dan belajar. Kecerdasan erat kaitannya dengan kemampuan kognitif yang dimiliki oleh individu. Kecerdasan dapat diukur dengan menggunakan alat psikometri yang biasa disebut sebagai tes IQ. Ada juga pendapat yang menyatakan bahwa IQ merupakan usia mental yang dimiliki manusia berdasarkan perbandingan usia kronologis. Oleh itu, ketiga-tiga kecerdasan ini amat penting dalam dunia pekerjaan. Emosi yang baik dapat memperolehi kehidupan posife dan sosial juga. Intelektual pula mempunyai suatu proses yang dapat berfikiran yang abstrak .Itu sahaja untuk forum saya yang ketiga. Terima kasih :)

Friday, November 27, 2015

FORUM 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)
Hari ini saya ingin membahaskan forum saya berkenaan tentang peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosiaemosi kanak-kanak.
Kita mengetahui bahawa kanak-kanak merupakan anugerah istimewa bagi setiap suami isteri.Kanak-kanak ini memerlukan kasih sayang dan bimbingan yang secukupnya.
      Rakan sebaya memainkan  pengaruh yang paling kuat terhadap seseorang individu.  Situasi ini adalah selaras dengan satu kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale menyatakan , kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka (Malecki & Elliott,1999). Apa saja penyebab seseorang pelajar itu berjaya  adalah pengaruh rakan sebaya.
       Rakan sebaya merupakan kumpulan yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak  biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka. Untuk kanak-kanak , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja. Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan. Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
         Selain itu juga rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah. Hal ini kerana di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri.
         Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya, kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Sebagai kesimpulannya, rakan sebaya sememangnya merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan kanak-kanak.
Itu sahaja forum saya untuk hari ini. Nanti tinggalkan komen awak semua dekat blog saya ok ;-) Terima kasih.
FORUM 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat semua.
Perkongsian saya yang seterusnya dengan kawan-kawan mengenai forum saya yang kedua kali ini pula ialah mengenai isu masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa.
Apa yang kita tahu perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak. Hubungan emosi yang berbentuk kasih-sayang ini adalah berpanjangan dan kekal sepanjang hayat. Melalui interaksi dengan ibu bapa seterusnya dengan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, guru-guru dan masyarakat di sekeliling, gaya perapatan seseorang itu akan terbentuk.
Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting, bila tiadanya hubungan perapatan anak dan bapa mereka akan berkurangnya komunikasi. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.
Selai itu, kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak.
Oleh itu, jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’.
Oleh yang demikian, bapa harus bertindak dan bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka. Jangan membiarkan mereka tiada kasih dan sayang oleh bapa mereka.
#Itu sahaja ulasan forum kedua saya hari ini. Nanti sudi-sudi komen dekat blog saya ok.. :-) ...Sekian Terima Kasih....

Tuesday, September 29, 2015