FORUM 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)
Hari ini saya ingin membahaskan forum saya berkenaan tentang peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosiaemosi kanak-kanak.
Kita mengetahui bahawa kanak-kanak merupakan anugerah istimewa bagi setiap suami isteri.Kanak-kanak ini memerlukan kasih sayang dan bimbingan yang secukupnya.
Rakan sebaya memainkan pengaruh yang paling kuat terhadap seseorang individu. Situasi ini adalah selaras dengan satu kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale menyatakan , kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka (Malecki & Elliott,1999). Apa saja penyebab seseorang pelajar itu berjaya adalah pengaruh rakan sebaya.
Rakan sebaya merupakan kumpulan yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka. Untuk kanak-kanak , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja. Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan. Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
Selain itu juga rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah. Hal ini kerana di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri.
Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya, kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Sebagai kesimpulannya, rakan sebaya sememangnya merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan kanak-kanak.
Itu sahaja forum saya untuk hari ini. Nanti tinggalkan komen awak semua dekat blog saya ok ;-) Terima kasih.

Assalamualaiku. Saya ingin memberi pandangan bahawa sememangnya rakan sebaya memainkan peranan dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Rakan sebaya merupakan individu yang paling kuat memberi pengaruh kepada kanak-kanak dengan diperkuatkan lagi melalui satu kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale yang menyatakan , kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka (Malecki & Elliott,1999). Apa sahaja penyebab seseorang pelajar itu Berjaya adalah pengaruh rakan sebaya kepada mereka. Namun apabila umur kanak-kanak semakin meningkat dewasa , mereka tidak lagi memikirkan hal tersebut. Mereka akan menerima sahaja sesiapa yang ingin berkawan dengan mereka yang mereka selesa dan seronok. Jadi, cara menerima seseorang itu masuk dalam hidup kita bergantung kepada bagaimana perasaan kita terhadap orang itu. Menurut (Nursuhaili,2010) ,kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku , personaliti, kemahiran, serta kebolehan. Peranan rakan sebaya bagi kanak-kanak adalah sebahagian dari lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. (Rohani Abdullah,2001) menekankan kepentingan peranan rakan sebaya adalah sangat positif dalam mempengaruhi perkembangan sosial , bahasa dan pendidikan seseorang individu.
ReplyDeleteKajian (Quek Miow Leng,2006) , tentang kumpulan sebaya banyak membawa kesan terhadap pencapaian dan aspirasi pelajar jika dibandingkan dengan latar belakang atau komposisi sekolah. Manakala (Nursuhaili,2010) , turut menyatakan bahawa rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan kebolehan sosial serta kognisi sosial. Menurut beliau juga, selain daripada mengembangkan kebolehan dan kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang individu. Tingkah laku yang biasnya dipengaruhi biasanya merangkumi cara bercakap, cara berpakaian dalam kehidupan seharian, dan juga cara kanak-kanak itu menuntut ilmu.
Justeru itu, jelaslah bahawa rakan sebaya turut memainkan peranan dalam pembinaan dan perkembangan nilai sosioemosi seseorang kanak-kanak untuk beradaptasi dalam norma msayarakat. Faktor rakan sebaya memberi lebih banyak kesan positif kepada perkembangan kanak-kanak dalam persekitaran kehidupan seharian. Diharap saudari boleh mengulas kembali pandangan saya . Terima kasih. Wallahualam.
Waalaikumussalam kepada saudara Azrin kerana sudi berkongsi pendapat di blog saya kerana rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah. Hal ini kerana di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri.rakan sebaya turut memainkan peranan dalam pembinaan dan perkembangan nilai sosioemosi seseorang kanak-kanak untuk beradaptasi dalam norma msayarakat. Faktor rakan sebaya memberi lebih banyak kesan positif kepada perkembangan kanak-kanak dalam persekitaran kehidupan seharian. Terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum sahabat.Baiklah,saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya berkenaan pengaruh rakan sebaya yang telah memberi pengaruh yang kuat dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Pengaruh keluarga semakin merosot apabila kanak-kanak meningkat remaja. Apabila mereka menjadi semakin dewasa , kumpulan sebaya menjadi pengaruh yang lebih berkesan dalam proses pembentukan budi pekerti mereka. Oleh kerana keperluan untuk diterima oleh kumpulan sebaya amat penting kepadanya, seseorang remaja akan menepati norma dan nilai yang ditonjolkan oleh kumpulan tertentu. Hal ini boleh membawa samada kepada kesan negatif mahupun positif.Cara berpakaian, fesyen rambut dan sifat seseorang boleh dipengaruhi oleh kegemaran dan khayalan kumpulan tersebut. Bandura juga berpendapat bahawa ibu bapa bukanlah role model untuk kanak-kanak. Perlakuan orang dewasa yang lain, rakan sebaya dan punca-punca simbolik yang lain juga turut ditiru oleh kanak-kanak. Pengaruh kumpulan sebaya menjadi lebih utama di peringkat remaja.Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Seterusnya pula ialah yang terpenting dan tersulit adalah penyesuaian diri dengan meningkatkan pengaruh teman sebaya, perubahan dalam perilaku sosial, pengelompokkan sosial yang baru, nilai-nilai baru dalam dukungan dan penolakan sosial dan nilai-nilai baru dalam seleksi pemimpin. (Hurlock, 1999). Kumpulan remaja merupakan satu punca nilai-nilai dan akan memainkan peranan yang utama dalam menentukan kedudukan nilai yang diterima dan diamalkan oleh seseorang individu terutamanya mengenai corak dan tingkahlaku yang mereka anggap perlu dipatuhi. Walaupun pengaruh kumpulan sebaya amat mempengaruhi di peringkat’geng’ iaitu semasa kanak-kanak berumur antara tujuh tahun. Piaget mengatakan bahawa bukan sahaja pembelajaran yang berlaku diantara rakan sebaya juga merupakan prasyarat bagi perkembangan autonomi. Sebaliknya, Kohlberg menyatakan bahawa perkembangan moral di kalangan kanak-kanak yang dipencil atau diasingkan adalah tidak berbeza daripada kanak-kanak yang banyak menerima pendedahan.
ReplyDeleteTerima kasih.
Waalaikummussalam kepada saudari Azlin kerana sudi berkongsi pendapat anda di blog saya. Terdapat beberapa sebab pentingnya rakan sebaya di kalangan kanak-kanak selain daripada mempraktiskan kemahiran sosial. Antaranya ialah sumber peneguhan dan galakan daripada rakan sebaya, dan membantu meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan sokongan dan peneguhan dalam kehidupan. Kadangkala peneguhan dan sokongan ini tidak
ReplyDeletediberi oleh ibu bapa atau penjaga. Oleh yang demikian, keperluan terhadap sokongan ini dapat diperolehi melalui rakan sebaya. Selain itu, sahabat dianggap insan yang berupaya untuk mempengaruhi kita. Jika kanak-kanak berkawan dengan rakan yang bijak dan suka membaca buku, sikap baik ini akan turut mempengaruhinya.Kanak-kanak yang mempunyai rakan sebayadapat menunjukkan keupayaan untuk bertukar peranan dan barang permainan semasa bermain. Sebagai contohnya, kanak-kanak saling berlari dan bertukar mengejar antara satu sama lain. Interaksi sosial banyak berlaku kerana kanak-kanak memerlukan kawan yang boleh beraksi mengikut peranan yang ditetapkan. Contohnya, kanak-kanak bermain masakmasak. Ada yang mengambil watak ibu, bapa dan anak. Itu sahaja pendapat saya. Terima kasih.
Rakan sebaya dan keluarga merupakan dua dunia sosial tempat seseorang itu membeza.
DeleteApabila berada di rumah seseorang itu akan bergaul dengan keluarganya yang terdiri daripada
ibu bapa dan adik beradiknya. Manakala apabila seseorang itu berada di luar rumah ia akan
bergaul dengan rakan sebaya. Rakan sebaya ini terdiri daripada pelajar-pelajar atau remaja yang
mempunyai umur yang hampir-hampir sama di antara satu sama lain.
Menurut Klausmerier et. al (1975) di dalam hal-hal seperti tanggungjawab moral,
keberanian, kejuran, kemesraan dan lain-lain "para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan
pandangan rakan sebaya yang lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa. Faktor ini banyak
menimbulkan pengeseran di antara para remaja dan ibu bapa. Para remaja merasakan ibu bapa
sebagai pengongkong kebebasan diri. Ibu bapa pula berasa keliru dengan tingkahlaku dan tindak
tanduk remaja dan sebarang usaha untuk menegakkan identiti diri dianggap sebagai menentang.
Kekeliruan ini memburukan pengeseran dan akhirnya menimbulkan masalah. Apabila remaja
menemui masalah seperti ini, ia memerlukan seorang sebagai tempat mengadu hal, mendapat
panduan dan pertolongan. Kadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita
masalah mereka dengan rakan sebaya mereka.
Terima kasih kepada saudari Aqelah. Rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah. Hal ini kerana di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri.Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya, kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.Terima kasih.
Deleteassalamualaikum..pada pendapat saya, rakan sebaya mampu mengubah seseorang itu secara holistik. Mengapa saya berkata demikian? Hal ini kerana sepanjang proses perkembangan serta pertumbuhan anak-anak adalah masanya lebih terluang bersama-sama rakan-rakan berbanding keluarga. apabila seseorang itu bersama rakan-rakan, hampir separuh peratus interpersonal dan intrapersonal hampir sama. Hal ini disebabkan mereka lebih cenderung dalam menentukan minat yang sama dari segi hobi, makanan, style dan lain-laia. sebagai contoh, jika dperhatikan anak-anak lebih memilih untuk bersama rakan-rakannya dalam menentukan sesuatu seperti membeli belah. Bagi mereka, hanya rakan yang dapat memahami 'taste' mereka..
ReplyDeletesaya berharap sedikit sebanyak perkongsian ini dapat membantu saudari dalam meningkatkan ilmu semasa
Waalaikummussalam kepada saudari Mia. Terima kasih sudi memberi pendapat pada blog saya. Rakan sebaya dan keluarga merupakan dua dunia sosial tempat seseorang itu membeza. Kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka. Jelaslah bahawa rakan sebaya turut memainkan peranan dalam pembinaan dan perkembangan nilai sosioemosi seseorang kanak-kanak untuk beradaptasi dalam norma msayarakat. Faktor rakan sebaya memberi lebih banyak kesan positif kepada perkembangan kanak-kanak dalam persekitaran kehidupan seharian. Hanya rakan yang dapat memahami 'taste' mereka..Terima kasih
Delete