Friday, November 27, 2015

FORUM 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat semua.
Perkongsian saya yang seterusnya dengan kawan-kawan mengenai forum saya yang kedua kali ini pula ialah mengenai isu masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa.
Apa yang kita tahu perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak. Hubungan emosi yang berbentuk kasih-sayang ini adalah berpanjangan dan kekal sepanjang hayat. Melalui interaksi dengan ibu bapa seterusnya dengan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, guru-guru dan masyarakat di sekeliling, gaya perapatan seseorang itu akan terbentuk.
Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting, bila tiadanya hubungan perapatan anak dan bapa mereka akan berkurangnya komunikasi. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.
Selai itu, kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak.
Oleh itu, jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’.
Oleh yang demikian, bapa harus bertindak dan bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka. Jangan membiarkan mereka tiada kasih dan sayang oleh bapa mereka.
#Itu sahaja ulasan forum kedua saya hari ini. Nanti sudi-sudi komen dekat blog saya ok.. :-) ...Sekian Terima Kasih....

9 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepad saudari dan rakan pembaca sekalian. Hubungan perapatan antara ibu bapa penjaga sangat penting untuk membentuk peribadi dan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak. Menjurus kepada hubngan perapatan antara bapa dan anak, ianya sangat perlu bagi memastikan anak tidak hanya mendapat perhatian dari si ibu malahan perhatian juga perlu didapati daripada si bapa. Anak yang tidak mempunyai hubungan perapatan yang baik dengan bapa akan menjejaskan nilai yang ingin dibentuk dalam diri mereka. Perapatan dengan bapa atau ibu mempengaruhi sosioemosi anak-anak melalui sejauhmana anak-anak menilai diri, menganggap diri berharga, dan berhubungan dengan orang lain.Hubungan perapatan dengan bapa selalunya menjadi masalah buat anak-anak kerana ramai di antara mereka beranggapan bahawa bapa merupakan individu yang digeruni dan dilabel sebagai seorang yang garang. Hubungan perapatan bapa dan anak yang tidak bagus akan mempengaruhi nilai kendiri kanak-kanak untuk membesar dengan baik. Hal ini kerana bapa memainkan peranan penting sebagai contoh tauladan kepada pembangunan nilai dalam diri anak-anak. Sehubungan dengan itu, hubungan perapatan bapa dengan anak-anak amatlah penting dalam mensosialisaikan dan membangkitkan nilai-nilai dalam diri anak-anak. Diharap perkongsian saya kali ini, memberikan input yang baik buat kalian semua.

    ReplyDelete
  2. Masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan peerapatan dengan bapa adalah kurangnya ikatan kasih sayang antara satu sama lain. perkongsian kasih sayang antara bapa dan anak akan berkurangan kerana hubungan yang kurang baik antara keduanya. bapa yang sering mempunyai sikap marah dan melepaskannya kepada kanak-kanak akan menyebabkan kanak-kanak kurang untuk mendapatkan kasih sayang daripada bapa mereka. sikap bapa yang kurang untuk bergurau dan berkomunikasi dengan anak untuk mengetahui kegiatan seharian mereka di sekolah akan menyebabkan kanak-kanak kurang untuk mendapatkan kasih sayang dan perhatian daripada bapa mereka. masalah yang mungkin timbul juga adalah kanak-kanak akan menunjukkan tanda protes ataupun melawan apabila mereka besar kelak. kanak-kanak akan menujukkan ketidakpuasan hati mereka apabila mereka sudah meningkat dewasa, kanak-kanak yang telah meningkat dewasa berkemungkinan melepaskan kemarahan yang terpendam pada anak mereka kelak.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Terima kasih diucapkan kepada saudari Aziera kerana sudi memberi pendapat di blog saya. Apa yang saya ketahui perapatan amat penting dalam perkembangan kanak-kanak kerana kanak-kanak tidak seperti orang dewasa, kanak-kanak menganggap bapa sebagai sahabat dan sebagai rakan sepermainan. Melalui perapatan dengan bapa, kanak-kanak berpeluang untuk mengembangkan dan mempraktiskan kemahiran sosial mereka. Selain itu, mereka juga dapat mempelajari bagaimana untuk berinteraksi, bekerjasama
    dengan kanak-kanak lain, menyelesaikan masalah dan juga membantu antara satu sama lain.Terdapat beberapa sebab pentingnya perapatan di kalangan kanak-kanak selain daripada mempraktiskan kemahiran sosial. Antaranya ialah sumber peneguhan dan galakan daripada rakan sebaya, dan membantu meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan sokongan dan peneguhan dalam kehidupan. Begitulah amat pentingnya hubungan perapatan bapa dan kanak-kanak. Sekian, terima kasih kepada saudari Aziera.

    ReplyDelete
  4. Assalamualikum. Terima kasih kepada saudara Azrin kerana berkongsi pendapat anda di blog saya. Perapatan mempengaruhi pembentukan konsep kendiri kanak-kanak.Melalui perhubungan dengan orang lain, kanak-kanak membuat penilaian terhadap diri sendiri dan membina penghargaan kendiri. Dengan adanya hubungan perapatan dengan bapa, kanak-kanak dapat membentuk gaya perapatan selamat dalam diri
    kanak-kanak. Kanak-kanak akan mempamerkan sikap yang positif, berkasihsayang serta menghargai orang lain. Mereka juga gembira untuk berinteraksi, bergaul, serta boleh mengasihi dan dikasihi oleh orang lain. Sikap yang baik ini adalah hasil daripada model kasih-sayang yang diperolehi dan ditunjukkan oleh bapa mereka. Jika tiadanya hubungan perapatan seorang anak dan bapa pula berkemungkinan akan menghasilkan kanak-kanak yang rendah diri, ganas, pemarah, dan tidak menghormati orang lain. Selalunya, kanak-kanak ini akan bermasalah dalam perhubungan dengan rakan-rakan kerana konsep kendiri yang rendah, berfikiran negatif serta selalu menyalahkan diri dan orang lain. Itu sahaja yang dapat saya kongsi. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asslammualaikum saudari,saya ingin memberi beberapa pandangan tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan bapanya.


      Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.

      Kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka.

      Delete
    2. Terima kasih kepada saudari Aqelah. Anak yang rapat dengan kedua-dua ibubapanya merupakan satu strategi yang boleh mempertimbangan apa sahaja kemahuan anak-anak tersebut ataupun ibubapa yang rapat dengan anak akan membekalkan aspek keselamatan supaya keadaan keluarga mereka sentiasa selamat. Saya berpendapat begini kerana anak yang mempunyai perapatan dengan ibubapa, saya percaya bahawa itu adalah didikan awal yang didedahkan oleh ketua keluarga sejak mereka kecil. sebagai contoh kita dapat lihat bahawa keluarga yang mempunyai hubungan perapatan, boleh menangani masalah anak dengan baik. Manakala ibubapa yang tidak mempunyai hubungan perapatan itu dengan anak, jelas kita lihat bahawa anak-anak mereka sering takut dan merasa tidak bebas, dan kebanyakannya keluarga yang kurang perapatan ini adalah dari golongan keluarga yang berpangkat.Terima kasih

      Delete
  5. Saya Azlin Bekri ingin mengongsikan pendapat tentang hubungan atau perapatan antara anak dan ibubapa mengikut kefahaman saya secara umum kerana saya tidak pernah belajar tentang Pendidikan Awal kanak-kanak sebelum ini.

    Hubungan akrab atau rapat terbentuk apabila persekitaran keluarga itu menekankan keselamatan sosial kanak-kanak. Anak yang rapat dengan kedua-dua ibubapanya merupakan satu strategi yang boleh mempertimbangan apa sahaja kemahuan anak-anak tersebut ataupun ibubapa yang rapat dengan anak akan membekalkan aspek keselamatan supaya keadaan keluarga mereka sentiasa selamat. Saya berpendapat begini kerana anak yang mempunyai perapatan dengan ibubapa, saya percaya bahawa itu adalah didikan awal yang didedahkan oleh ketua keluarga sejak mereka kecil. sebagai contoh kita dapat lihat bahawa keluarga yang mempunyai hubungan perapatan, boleh menangani masalah anak dengan baik. Manakala ibubapa yang tidak mempunyai hubungan perapatan itu dengan anak, jelas kita lihat bahawa anak-anak mereka sering takut dan merasa tidak bebas, dan kebanyakannya keluarga yang kurang perapatan ini adalah dari golongan keluarga yang berpangkat.
    Tambahan pula, dengan kurangnya perapatan dengan ibubapa, anak-anak akan mula memberontak, membuat perkara yang mereka suka, lari dari rumah dan sebagainya. Emosi mereka juga terganggu dan ini akan menyebabkan mereka menjadi pendiam, tidak aktif di sekolah, jarang berada di dalam rumah sendiri dan pembelajaran akan tereganggu.
    Oleh itu, saya syorkan bahawa hubungan perapatan antara ibubapa dan anak haruslah dijaga. Keperluan yang sangat penting dalam keluarga ialah kasih sayang antara satu dengan yang lain.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Saya Azlin Bekri ingin mengongsikan pendapat tentang hubungan atau perapatan antara anak dan ibubapa mengikut kefahaman saya secara umum kerana saya tidak pernah belajar tentang Pendidikan Awal kanak-kanak sebelum ini.

    Hubungan akrab atau rapat terbentuk apabila persekitaran keluarga itu menekankan keselamatan sosial kanak-kanak. Anak yang rapat dengan kedua-dua ibubapanya merupakan satu strategi yang boleh mempertimbangan apa sahaja kemahuan anak-anak tersebut ataupun ibubapa yang rapat dengan anak akan membekalkan aspek keselamatan supaya keadaan keluarga mereka sentiasa selamat. Saya berpendapat begini kerana anak yang mempunyai perapatan dengan ibubapa, saya percaya bahawa itu adalah didikan awal yang didedahkan oleh ketua keluarga sejak mereka kecil. sebagai contoh kita dapat lihat bahawa keluarga yang mempunyai hubungan perapatan, boleh menangani masalah anak dengan baik. Manakala ibubapa yang tidak mempunyai hubungan perapatan itu dengan anak, jelas kita lihat bahawa anak-anak mereka sering takut dan merasa tidak bebas, dan kebanyakannya keluarga yang kurang perapatan ini adalah dari golongan keluarga yang berpangkat.
    Tambahan pula, dengan kurangnya perapatan dengan ibubapa, anak-anak akan mula memberontak, membuat perkara yang mereka suka, lari dari rumah dan sebagainya. Emosi mereka juga terganggu dan ini akan menyebabkan mereka menjadi pendiam, tidak aktif di sekolah, jarang berada di dalam rumah sendiri dan pembelajaran akan tereganggu.
    Oleh itu, saya syorkan bahawa hubungan perapatan antara ibubapa dan anak haruslah dijaga. Keperluan yang sangat penting dalam keluarga ialah kasih sayang antara satu dengan yang lain.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kepada saudari Azlin. Perapatan dengan bapa atau ibu mempengaruhi sosioemosi anak-anak melalui sejauhmana anak-anak menilai diri, menganggap diri berharga, dan berhubungan dengan orang lain.Hubungan perapatan dengan bapa selalunya menjadi masalah buat anak-anak kerana ramai di antara mereka beranggapan bahawa bapa merupakan individu yang digeruni dan dilabel sebagai seorang yang garang. Hubungan perapatan bapa dan anak yang tidak bagus akan mempengaruhi nilai kendiri kanak-kanak untuk membesar dengan baik. Hal ini kerana bapa memainkan peranan penting sebagai contoh tauladan kepada pembangunan nilai dalam diri anak-anak. Sehubungan dengan itu, hubungan perapatan bapa dengan anak-anak amatlah penting dalam mensosialisaikan dan membangkitkan nilai-nilai dalam diri anak-anak.Terima kasih.

      Delete